Wednesday, December 12, 2012

Puasa dan Raya 2012

Tahun nie puasa simple jer. byk masak masak kat umah . raya pun simple. tapi balik kampung mr hubby kat Jitra Kedah. but this time mencabar minda betul perjalanan jem teruk.. kuar dari rumah dalam kul 9malam. dan sampai jitra dalam pagi esoknya dalam kul 10 pagi.. aduh!!!! really penat sangat. terus check in kat Darul Aman Suite Resort. saja tukar angin tidur hotel. :-). petang tu baru balik umah Tok hubby untuk berbuka puasa. :-)

Hubby Sinusplasty surgery - 6 July 2012




Hubby admitted utk buat sinusplasty surgery di PRince Court Med. Centre. with Dr. kuljit. operation tooks almost 2.5 hours. Warded 3 days 2 night.

Saturday, June 16, 2012

Procedures RFA today at 9-11am at prince court med centre

Syukur alhamdullil.selamat buat RFA.need rest.bila dah okey will update the procedures.lah Lama betul tak update blog nie.
apa yang aku igt lepas kena sorong ke OT room. doc bius ada brief sikit skit pasal ubat etc.. saat yg paling debar bila masuk dalam bilik OT tu .. mak aii ramai betul. dalam 10 orang gitu.. diorang looks cheerful.. tapi aku?? hahaha deborrr. doc bius ckp okey lepas saya inject ubat nie. u count till 10.. hahah. rasa tak sampai 10 kot terus aku rasa black out terus.. sedar sedar aku dah ada kat bilik Rehab tu. hubby n adik dah dok keliling.. masa sedar memang rasa mual yg amat dan aku muntah baper kali tah .. mungkin pasal ubat bius tu kot. n paling ketara hilang rasa sakit kat leher tu...tp rasa tak leh langsung gerak kiri kanan leher tu.. gelabah betul time tu.. aikkk... tp bila doc datang ckp normal rasa gitu amik masa nak back to normal.. lepas few hours doc puas hati semua condition aku. aku ditransfer ke wad biasa. malam tu hubby teman. sian pulak tgk dia letih.

Thursday, June 14, 2012

REady for tomorrow Cervical Radiofrequency Ablation (RFA)

esok 16/6/12- will be my 1st procedure - Doing Cervical RadioFrequency Ablation(RFA) with my doc Doctor Deepak  at Prince Court Medical Centre. Emm, what shud i says.. Moga Allah melindungi aku.. moga semuanya berjalan lancar ...admitted esok pagi.. then masuk OT room at 10am.  .. risau? sapa kata tak risau.. actually perasan aku bercampur baur.. ada sedikit rasa hati terguris.. and at the same time.. risau takde orang nak jaga my kids masa aku kat sana esok memula.. ..mak dapat emergency call dari kampung.. Tok Sedara kami Tenat di hospital kelantan.. jangkitan peparu selepas pulang dari menunaikan Umrah.. Ya Allah moga Paksu Pa selamat dan diberikan kesihatan yang baik.. nasib ima n enor nak datang malam nie.. hope so that ..semuanya okey.. to my kids... dengar kata mak tam n kusyu yer.. ibu susah hati sebenarnya right now ..rasa macam nak pospone jer RFA esok.. emmm... tapi boleh ker? dah last minute sgt... Tawakkal pada Allah moga diberikan kekuatan hati dan perasaan aku ketika ini.. hatiku sebak sebenarnya..susah nak cerita.. Ya Allah.. perkuatkan hatiku Ya Allah.. padaMU sahaja tempat aku memohon...



Bila Isteri merajuk ...

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin , lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu , menyaji kasih, menghidang sayang, adakalanya mereka seperti anak, ingin dibelai, minta dimanjakan , adakalanya mereka seperti nenek, berleter seadanya, merungut semahuannya. Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini, bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka. 


 Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk, pandai-pandailah memujuk , buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya, teliti dengan hati yang terseni , rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu, jangan cuba dihadapkan secara rasional, kerana sidia tak akan terdaya, mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab , lengkap dengan perangkaan statistik, atau dokumen saintifik , berserta dengan beberapa affidavit , dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini, fikiran telah ditawan perasaan , sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa, jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal ? cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian. 




 Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda, emosi isteri , bagai riak-riak air dalam cawan, jangan digoncang...... buat selamba, lambat laun, gelombang akan tenang, air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas..... kalau ternyata, rajuknya berfakta, masamnya berdata, geramnya berilmiah, marahnya ada prima facie, ini rajuk taraf tinggi namanya, perlu ditangani berhati-hati, kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima , mengaku lalu berjanji serta berikrar, " Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang....abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa..." , hulurkan tangan, pinta kemaafan, pendekatan kasanova, tapi hati suci. Rajuk isteri seperti mangga muda, perisanya masam, tetapi... kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa, ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin. Arghh... tiba-tiba isteri merungut, malah kadangkala agak mengugut, minta aksesori serta perabut, minta Villa yang tersergam indah, atau mahligai di lereng bukit, sedangkan kita bukan Shah Jehan , yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya, tetapi isteri pula, persis Nur Jehan, yang meminta petanda keagungan cintanya. Katanya " Seabadi permata,segermelapan intan " .... sedangkan ditangan kita, cuma cincin tembaga. 




 Aduh... peritnya mengukur cinta , dalam ukuran mayam atau menimbang setia , menerusi Bursa Saham papan utama, kasih isteri, turun naik , mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri, diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya, dia dihargai, dipuja-puji, dia kini sudah menjadi ibu, pada anak-anak kita , sudah takdir... permata yang dipilih,perlu digilap semula. Namun, putus asa jangan sekali, terimalah dia, dengan redha, justeru isteri , pada hakikatnya , adalah bayang-bayang suami , wanita adalah tulang rusuk yang bengkok , luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan , berkeras , lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya , lalu pada saat yang kudus , setelah bersolat bersama , bisikkanlah " Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan ini , dengan cinta yang sejati , marilah kita kutip rezeki , dengan keringat tersuci , kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya , padamu isteri, istanamu, di hati ini , padamu sayang , kalung cintamu, di jiwa ini." Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata , usia meningkat kecantikan tergugat , dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang , apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?




 jika berkurang, nyatalah cinta kita , selama ini cinta di mata bertapak di body , tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah , ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.Itulah cinta sejati. Namun tidak salah, di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body', kalau ada kesempatan , ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat , tapi ingat niat kerana Tuhan , bukan kerana ingin kuruskan badan , tapi Tuhan Maha Penyayang , Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami , tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan , sama-samalah merampinkan badan , yang terlebih dikurangkan , jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh , apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara , tapi kini saat menghitung dosa , lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti , moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia , di dunia ini dan di akhirat nanti , itulah yang dikatakan , hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama. Uhhh.... Kekadang isteri mengamuk , dengan ombak prasangka dan taufan cemburu , Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita , ketika keringat masih membasah , baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri , mungkin kita berdosa dengan Tuhan , atau bersalah dengan insan , mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan , yang telah kita lakukan. Lalu datang teguran, amaran dan peringatan , secara 'indirect' dari Tuhan , hadapkanlah diri ke cermin hati , kaji diri satu persatu , kalau liar, berhentilah , kalau berdosa, bertaubatlah... Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu , nasihatkanlah baik-baik , bukan senang nak senang , ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua , suami yang bersabar dengan isteri yang jahat , akan mendapat pahala Nabi Ayub , atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab , ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : " Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. 






 Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita . Dia yang membantu membersihkan rumah kita. Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? " Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu , cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita. Bicara ini diakhiri dengan satu coretan, yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri , atau kad ulang tahun perkahwinan , atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya... Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti : Aku hanya seorang suami , yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila , yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku , di sudut tersuci di dalam hatimu....




. http://fauzynm.e-belia.net/ « Last Edit: 21 October, 2009, 07:56:19 PM oleh Ummi Munaliza » Logged Pengurusan, Pentadbiran Forum

Friday, May 25, 2012

MRI Brain at prince court medical centre kl-26.5.12 -9am

26 may 12-9am.prince court medical centre kl.emmm pepagi dah ada kat sini.mri session for brain.hope xde apa apa.kekadang bila pikir,rasa ujian yang Allah bagi kali ni bertimpa timpa,tadi dengar dalam ikim FM,musibah yg dtg tu dugaan dan ustaz ada bercakap,kita kena berpikir adakah kita ada berbuat salah atau dosa ketika musibah datang.Ya Allah,ampunkan dosa dosaku,mohon dijauhkan dari segala bencana dan penyakit,lindungi suamiku,anak anak kami serta seluruh keluargaku.Ya Allah,berkatikan hidup kami,permudahkan perjalanan kami dan murahkan rezeki kami.Ya Allah,mohon jadikan anak anak kami anak anak yang solehah dan diberikan minda yang cergas dan cerdas,merekalah harta kami yg paling berharga.

Wednesday, May 23, 2012

New Special Pillow for me..

After a long wait.. akhirnya dapat jugak bantal special nie.. hehehhehe.. malam tadi try tidur guna bantal nie.. bangun pagi tadi rasa cam okey skit kurang skut sakit kat leher dan bahu nie.. tp masa kat tempat kerja.. emmm datang balik sakitnya.. tak tahu lah nak ckp macam mana.. betul betul rasa bothering my life! rasa semua x kena.. rasa sakit sana sini.. diorang tgk aku cam biasa biasa sahaja.. tapi hakikatnya.. tuhan sahaja yang tahu.. sakit berdenyut denyut sana sini area leher dan bahu nie.. bila terlalu lama depan pc buat kerja.. atau heheh surfing internet.. start la sakitnya... 



Dreamliner Pillows
Dreamliner Pillow
Neck pain is a very common occurrence, and for some it is an everyday experience. Many of the symptoms felt can be prevented, decreased, or even eliminated through proper stretching, strengthening, and alignment of the cervical spine
 
Normal pillows can cause harm and pain !

You spend about 6 to 8 hours sleeping. uncomfortable pillow could cause pain in the neck and may injure cervical spine. Most people suffer from spinal pain at some time during their lives.

How to Prevent Pains and Aches?

To prevent pain, pillow should be able to sense and respond to body temperature, conforms exactly to the shape of the body, and distributes pressure evenly over the entire supported surface of your neck. Your pillow should fill the hollow created at your neck (between your head and shoulders) to help relieve and prevent pain.

dreamlinerexclusive is a new "Memory Recovery" material, used to create the "perfect pillow", which will give you this comfort. This unique pillow, made from a visco-elastic material has many benefits such as :

  • temperature and weight sensitive
  • helps to distribute the pressure evenly over the entire supported surface
  • eliminates pressure points and evenly distribute the body weight over the entire surface. These pressure points cause to shift position while sleeping.
  • With its open cell structure, heat doesn't build up and pillow never feels unpleasantly warm
It even returns to its original shape, does not sag or feel lumpy. When you change position, dreamliner Exclusive returns to its original position
Available in 3 different sizes, small, medium and large. 
www.rehabasia.com

REply email from DOc Deepak

Rasa lega skit lah dapat reply dari Doctor Deepak.. tapi mine kena MRI Brain dulu.. settling dulu numbness lidah nie.. nak tahu kenapa kebas lidah nie. insyaallah sabtu nie 26 May nie buat MRI. moga tiada apa apa. btw ..sabtu nie pun nak kena jumpa Damia's paed kat DEMC.. its cucuk time ... hehehe.. hope semua plan hari sabtu nie smooth.. pasal nak kejar gi DEMC pulak lepas PCMC.. 
nie email dari doc Deepak to me semalam :-

Tuesday, May 22, 2012

18 May 2012- Jumaat - Jumpa Doktor Deepak dan Doktor Hamidon

emm.. pagi tu aku gi PYsio lagi... letih letih.. lepas habis tu bergegas pulak gi prince court kl -ada 2appointment today.. Kul 3 lebih jumpa doktor Deepak.. dia tgk MRI dan ask me to do another X ray menunduk dan mendongak.. dia nak tgk severity aku. before that dia memang ckp my case teruk juga.. pasal c5c6 tu look cam 'patah' . tu yg dia nak suh x ray gitu .tapi dia ada ckp juga yang pasal slipped disc nie lah yang buat my neck kena facet injury syndrome.. emmmm...
pergilah buat x ray...then sekejapan dapat result.. jumpa doc Deepak balik. dia ckp confirm my neck ada problem. cam patah. tp dia ckp memang kena go for surgery- masukkan 2 klip kat c5 and c6. dia explain la  it is very safe operation.. incision dalam 5 cm.. emm tooks dalam 2-3 hours operation.. huuh.. gulp! dah la bahu pun cam nak kena operate.. nie leher... adoiii!


tapi Doktor Deepak bg option ifx mau operate dulu.. dia suggest RFA.. apa tu RFA?? Radiofrequency Ablation...nie .. cerita pasa RFA




Radiofrequency (RF) Rhizotomy or radiofrequency ablation (RFA) is a therapeutic procedure designed to decrease and/or eliminate severe pain from degenerative facet nerves within the spine. Your pain symptoms may be along your neck, back or low back. RF Rhizotomy is a therapeutic procedure that does not treat the root cause of pain, but rather is designed to decrease or eliminate pain completely by applying highly localized heat to burn the nerve and therefore break the pain signal from the spine to the brain.

Cervical Radio Frequency Ablation -video 




EMM, CAMNER? KEPALA BERPUTAR TIME TU..  x tahu mana nak buat.. at the same time rasa down sangat.. rasa sedih semua.. i wish my hubby ada time tu.. tp dia x dpt temankan time tuu.. sedihhhhh....
macam macam dalam kepala... at last ckp ngan doc.. i wanna hold dulu.. discuss ngan husband dulu.. berboloq wok wooo... so aku drive back ngan perasaan berbaur... okie time to google to get better view of RFA nie.. emmmmm


 

3 May 2012- Seeing Doc Hamidon -follow up

okey.. update .. Jumpa doc Hamidon lagi.. emm ckp ngan dia makan ubat tu terible mengantuk sgt.. adeh.. then talk about my neck problem kan.. seem like dia ckp cam xde perubahan dia refer me to DOktor Deepak.. huh.. kena refer lain doc pulak.. emm tak pelah.. not much today.. terus amik ubat lagi.. ubat ubat ubat.. naik muak pulak makan ubat nie..

Kebas dari bahu hingga ketangan

Lupa nak update. hari tu doc Asri refer me to Doctor Hamidon ( Neurologist) pasal numbness dari bahu hingga hujung jariku ku.. same goes to my tougue.. so pada  14 April 2012  jumpa la doc Hamidon.. terus kena buat Neuro Test tu.. actually that day memang full.. tapi kan.. lepas pujuk ckp takkan nak dtg next visit semata nak buat neuro study nie.. pastu doc hamidon adjust caner tah.. tetiba jer ada slot.. hik hik ..
lepas buat neoro study dalam 1 jam gak lah..jumpa doc balik.. one thing kat private nie especially kat prince court nie. memang tak yah tunggu lama utk dpt result MRI ke , Ultra Sound ker, etc lah.. so masa menunggu sekejap jer.. diorang nie guna basis shoot shoot jer.. hehehe .. my meaning .. diorang shoot result tu thru system diorang tu.. sekejap jer doc tu tau result. 


Back to my Neuro Study, doc Hamidon says memang slow neuro tu dari neck ke bahu.. so memang ada nerve yg tertekan.. emm...so dia bg la ubat nerve vitamin tu.. ngan Lyrica utk kurangkan kesakitan .. emm  lepas makan ubat tu suma memalam sure jadi lalok.. ngantukk.. emmmmm.. so next appointment 3 May -follow up. 




Hasil result MRI n ultra sound.

28 March 2012- Appointment ngan doc Asri.- emmm memang seperti yang disangka.. bahuku dislocate dan ada spurring + koyak sana sini.. memang kalau ikut case gini memang dia akan terus ckp operate jer.. tp dia ckp kita buat step by step ... dia cakap 1st try fisiotherapy.. (emmm ..dalam hati.. adeh... kemalasan melanda nak gi fisio). tapi apa yang mengejutkan aku.. bila doc Asri ckp aku nyer neck lagi teruk.. Herniated Disck atau lebih tepat bahasanya 'slipped disc" huh! .. surprise beb.. C4, C5,C6 dan C7.. emmm... dan doctor refer aku ke DBC REhab. kat Ampwalk, Jalan Ampang tu.. dan bermula episode gi PYsiotherapy.. .. yang letih tu ..3 kali seminggu.. means aku kena amik 1 hari weekday 2 hari weekend.. huh! mesti penat kan..nak balik doc bg ubat ubat cam celebrex, ngan koyok besar tu...

yang satu hari tu haru gak...(weekday) .. jumpa my GM ... explain to him.. dan dpt green light utk keluar awal hari Rabu.. until session PYsio abis.. emmmm.. dan bermula episode..

28 March - 18 May 2012- rasanya dah 16 kali aku gi pysio.. hasilnya? emm every session took 3 hours.. letih kan.. tp cam aku ckp dah masuk 2 bulan gi pysio seem like x nmpak perubahan...lagi sakit lagi adalah.. Thanks to Aiza, Anor dan Haniff ( my pysiotherapist) yang henti henti assist me during pysio time.. masa pysio tu ada jugak dia bg treatment - hot pad, bg ultrasound dan  infra electric tu .. tah apa tah nama machine tu .. helpful masa tu jer lah..

























MRI dan appointment with Doc Datuk ASri Prince Court Med. Centre

Sakit Bahu makin menjadi jadi lately.. termasuk lah leher yg semakin rasa nak cabut kepala rasanya. x larat dah ooiii.. at last amik refereal letter ka HM clinic .. terus buat appointment kat PRince Court KL . 
Mak n adik plus my sweetie alia temankan gi sana. Mr. Hubby bz x dpt temankan.. pergilah relax relax. jumpa doc Asri .. terus suh buat MRI dan Ultra Sound Bahu.



















cantik kan spital nie cam hotel :-)